Selasa, 1 Julai 2014

Tepung Florenta Mix - Stok untuk Adilfitri sudah ada!!!

Salam hiii...

Pengumuman..pengumuman...

Stok tepung florenta mix untuk Hari Raya Aidilfitri sudah ada yea..Sila dapatkan segera sebelum kehabisan.. Maklumlah x lama lagi dah nak raya kan...

Harga promosi sepeket RM22 (x tmasuk pos) Harga borong untuk 10pkt ke atas lebih murah, hanya
RM1_ _ sahaja (sila text saya yea :)  )

Sila sms/ whatsapps saya 012-6204097 segera


Jumaat, 25 April 2014

Khas Untuk Peminat Bienetta

PENGUMUMAN..PENGUMUMAN..hi3..

Khas buat peminat tegar tepung florenta mix brand BIENETTA, kini saya ada menjual tepung ni untuk anda..

Berat 600gm, harga RM30 tidak termasuk pos.

Pertanyaan lanjut boleh SMS/ whatsapp 012-6204097.

babai...



Apa bahan-bahan yang terkandung dalam Tepung Florenta Mix ye?

Salam sayang buat semua..

Update kali ni nak tunjukkan bahan-bahan yang terdapat di dalam Tepung Florenta Mix.
Ok, check it out bebeh...

Yang ni Tepung Florenta Mix (komplet) ye..

Saya dah google semua bahan2 tu. alhamdulillah tiada yg meragukan..

Bagi yg nak membeli boleh SMS/ whatsapp saya ye 012-6204097

babai...

Sabtu, 12 April 2014

Baru..Set tray + cutter untuk buat Flotenta Cruncy Nuts

Salam semanis florenta... :)

Dah lama x update kat blog ni..tapi kali ni saya nak update produk baru iaitu set tray + cutter..haa kali senang la nak buat cruncy nuts yang sama saiz kan..x perlu nak terkial2 nak ukur dan potong ikut sama saiz kan..

Ada 3 saiz :

a)  10 x 10 x 1 (RM39)
b)  9 x 12 x 1   (RM43)
c)  12 x 12 x 1 (RM46)
Harga belum masuk kos pos..tidak di jual berasingan ye.

Gambar yang di bawah ni adalah saiz 10 x 10 x 1 ye..haa nampak tu senang je kan nak guna..saiz kepingan tu boleh diubahsuai..nanti bila tekan cutter tu akan dapat kepingan yang sama je saiznya kan kan..hi3


Stok terhad ye...kalau berminat boleh sms/ whatapp saya 0126204097 ye..

tq

Sabtu, 21 September 2013

Uli-uli Bersama Bee Sting Mix (Siebin)

Salam manis dan hai hai..

Kali ni saya nak kongsi lak pengalaman saya membuat Florenta Mix Nuts ni menggunakan tepung bee sting mix Siebin ni.

Mula-mula sediakan bahan-bahannya dulu. Pelakon utamanya mestilah bee sting mix Siebin dan campuran kekacang la (pastikan almond strip dibakar dulu, yg lain2 tu x yah la). Pelakon2 tambahan mcm biasa la, baking pan, kertas grease proff, tray, balang, pisau pemotong roti dan bla bla bla.. Sifirnya senang je 1:2 iaitu kalau 1 cawan tepung + 2 cawan nuts (boleh juga lebihkan sikit tepung tu, takut nanti kl layer nipis sangat berderai lak pas bake nt)


Ni le ropenyer bila dah di'mix'kan tu. Ratakan dan tekan2kan supaya padat dalam baking pan tu. Suhu oven, 180C - 200C, masa bake tu dalam 15 minit or warna keperang-perangan la.(Jgn sampai ter itam lak dah la)


Jeng jeng dah siap masak. Masa panas2 tu saya potong2 segi empat. Guna pisau pemotong roti je, tekan2. Kalau guna roller pizza tu pun boleh, cuma saya x brp geti. Takut terpotong terus lak kertas sekali.


Alamakkk  pe hal lak melekat ni..teringat lak ada customer ngadu, dia buat pun melekat2 camni gak, abis berderai2 nuts tu. (ah sudah, aku dapat stok bee sting mix tiruan ke ni)


Akhirnya, ke tong sampah la adunan pertama tadi. Ye la x kan nak makan lak nuts melekat2 dgn kertas tu, naya lak anak2 aku nanti


Aku cek balik baking paper yg aku beli ari tu. Eeh RM1.00 ada 5 lai rupa2nya, selalu yg aku beli tu RM1 selai. Yg ni aku beli kat kedai lain, agaknya amoi tu salah bagi kut.


Pas aku selongkar, jumpa la sekeping paper yg aku guna sblum ni, ada selai je. Jadi le,pas keluar2 je dari oven, pas dipotong2 dan dibiar sejuk...jeng jeng jeng owhh senang je tanggal, x lekat pun..laaaaa. Rupa2nyer salah kertas, bukan salah tepung.


Haaa, kan dah jadi tu...lega aku. So dgn sekeping kertas tu la aku tibai buat smpai abis adunan. Leceh sikit la, lambat.


Haaa tu kan aku dah cakap..peluh ketiak ni pun lom kerin laie, nuts dah nak abis kena ngap ngap..hehehe



Ok lah, kita sambung citer lain lak di lain masa nanti..babai




Rabu, 11 September 2013

Jenis-Jenis Packaging Tepung Florenta

Salam semanis florenta..

Bagi florenta fans yg baru nak kenal2 dgn florenta mix ni, sebenarnya tepung ni ada banyak packaging/ brand (ala, mcm susu gak la contohnya ada Dutch Lady, Fernleaf, tp rasanya lbh kurang sama je wpn harga sedikit berbeza kan)

a) Buat masa ni regular customer saya banyak order brand Siebin (bee sting mix) ni. Lihat gambar di bawah..Berat 600gm dan ramai yg kata ia lbih sedap.(Insha Allah sentiasa ada stok)



b) Brand Bienex pun ada 600gm gak (tapi wat masa ni saya x restok ye)



c) Ada gak brand Golden Florentina (packing silver dan tulisan hitam). Yang ni  berat 500gm.


d) Yang ni yang femes dan mudah didapati di bakeri, berat 500gm (tp saya kurang gemar sikit yg ni sb manisnya "lekat" hihihi camne tu ye) Ni brand Komplet, ramai yg confuse ingat yg ni la Florenta



e) Yang ni brand Bienetta, berat 600gm, yang ni 'mahai' skit ( kredit gambar littlestoryfromlittlefamily.blogspot.com ) Yg ni pun saya x amek stok, sb kurang permintaan.


Sila SMS/ Whatsapp saya 0126204097 atau email shakinaahmad@gmail.com untuk tahu harga ataupun membuat pembelian. Memang harga tepung florenta mix agak berbeza2 di satu tempat dgn tempat yg lain. Mcm di Melaka ni mgkin lebih mahal sikit (maklumlah kawasan bandar)

Wokeyy...babai

Ahad, 1 September 2013

Yeyyy Tepung Florenta Mix Dah Ada Stok La :)

Salam Aidilfitri buat semua...

Dikesempatan ini saya nak war2kan bhw stok tepung florenta mix dah ada, tp terhad..kali ni stok yg ada adalah Florentina Gold 500gram (lain x saya upload gambar ye, x sempat)

Jika berminat nak order boleh SMS saya 012-6204097 atau email  shakinaahmad@gmail.com

ok Babai...