Sabtu, 22 Jun 2013

TEPUNG FLORENTA MIX

Salam sayang buat semua..

Rasanya dah sangat lama saya tak menulis di blog ni..dah berkulat dah (hihihi)..tapi hari ni saya nak mula menulis sb kebetulan ada perkara yang perlu update di sini.

Ramai yang bertanya pada saya ttg Tepung Florenta Mix, kebetulan topik sblum ni mmg saya ada share ttg Florenta Mix Nuts yang sy pernah buat. Bg yg pernah mncuba, hmmm mmg sedaapp sgat kan :)

Yg susahnya ialah Tepung Florenta Mix ni agak sukar di dapati d pasaran. Tapi bg yang berminat utk mndapatkannya, bolehlah beli dgn saya. SMS/ Whatsapp saya di no 012-6204097 yea.

Ni la rupa si idaman hati tu


Saya juga nak share resepi utk membuat Florenta Mix Nut nie. So pasni boleh la cuba yea..

RESEPI FLORENTA MIX NUTS

250g tepung Florenta mix
100g badam keping (almond flakes)
100g badam hiris (strip almond)
100g kuaci bunga matahari
100g biji labu
100g campuran lain - e.g. bijan hitam, bijan putih, kismis, sliced prune or kurma, ots dsb ikut suka

1. Bakar or goreng tanpa minyak badam hiris (perlu sb dia agak tebal) hingga agak keperangan. Bahan lain x perlu sb bila dibakar nanti dia akan cukup masak.
2. Sediakan loyang 14x14 dan alas dengan kertas baking, pastikan yang x melekat. Saya guna alas baking yg jenis boleh di basuh tu.
Panaskan oven pada suhu 180'c
4. Satukan semua bahan diatas, gaul rata dan tuang keatas loyang pembakar tadi. Ratakan nipis.
5. Bakar selama lbh kurang 10 minit atau keperangan.
6. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan. Kalau nak lg sedap boleh kirai coklat cair di atas kepingan tu, mcm sy selalu buat.
7  Bila dah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

Kl nak tgk hasil yg dah siap, boleh klik kat Florenta Mix Nut di blog ni..perghhh sedap beb

K akhir kata cuba yea, jgn tak cuba..tata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan